Mahkamah | Kes rogol pelajar Tingkatan Dua

2022-04-14 0

Seorang buruh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang pelajar Tingkatan Dua yang dikenalinya menerusi aplikasi WhatsApp.

Pengakuan itu dibuat tertuduh Raja Mohd Yusof Raja Husin, 25 tahun selepas pertuduhan dibacakan dihadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu Nooriah Osman.